Monday, December 25, 2006

......

......

Bismillahirrahmaanirraheem, assalamualaikum warahmatullah..
lewat tengahari 5 zulhijjah ini, saya merasa hiba, saya tersentak dengan panggilan hati..Dia mengetuk pintu hati saya dan qalbu membisik, saya merasakan apakah sebenarnya saya minta dari Allah dalam hidup, terutama untuk ibu bapa saya yang Dia kurniakan tanpa perlu membayarnya...saya tahu jika hati ini gelisah saya perlu bertanya pada bonda untuk menenangkan jiwa.

Thursday, December 21, 2006

kado hati

Kado Hati Pada Adik


Bismillahirrahmaanirraheem..Assalamualaikum warahmatullah.
Sudah lama aidylmarjanqudsi tidak menulis disini, menjelang perayaan yang sungguh mulia bagi kami umat Muhammad maka fikiran mula mengingatkan mereka yang telah menuju rumahMu. Bagi mereka pengorbanan yang tinggi dan sudah tentu sedikit berbeza bagi kami disini. Keadaan cuaca yang begini menyebabkan kebanyakan hati gelisah melihat rumah-rumah yang ditenggelami air di merata tempat, ahli keluarga yang berada di johor kebanyakannya telah berpindah ke tepat perlindungan mangsa banjir, dan mungkin juga kawasan mukimku ini bakal ditenggelami air sekiranya Allah menetapkannya sebegitu memndangkan kawasan Melaka Sentral juga telah ditenggelami air dan ia mulai merebak di bandar Melaka.
Banjir. Mudah-mudahan saya masih berpeluang menulis lagi insyaAllah.
Kebelakangan ini sering aidylmarjanqudsi perlu membuat keputusan yang agak sukar, petunjuk dari istikharah sudah tentu mendatangkan kebaikan walaupun ia pasti menuntut kesabaran dalam pelaksanaannya. Semalam satu keputusan. Hari ini satu keputusan. Hati saya tidak disini tetapi teringatkan para sahabat yang sedang berbahagia mengikuti program di Klang, saya menunggu-nunggu peluang duduk bersama akhawat dalam program, apalagi berjumpa naqibah yang terakhir kami bertemu di penghujung ramadhan lalu dalam iftar wida' bagi tahun ini. Bas yang saya ingin naiki tidak dapat meneruskan perjalanan ke KL kerana banjir yang melanda. Mudah-mudahan ada ruang waktu lain yang membolehkan saya berprogram..insyaAllah.
Maha Suci Allah, Segala Puji Bagi Allah, Allah Maha Besar...
Moga Allah membuka pintu hati adik dan moga kecemerlangan sentiasa beriringan, dan moga adik selamat dalam perjalanan pulang ke rumah, bantulah mereka yang memerlukan. Wahai Allah, lindungi dan kuatkanlah iman mereka yang berjuang di jalanMu aminn ya Rabb.

Saturday, September 30, 2006

ramadhan kareem

Ahlan wasahlan Ramadhan yang kunanti...
Bismillaahirrahmaanirraheem, alhamdulillah Ramadhan datang lagi, kaemuliaan yang tinggi semoga kita semua dapat memanfaatkan bulan mulia ini sebagaimana Rasulullah dan para sahabat mengimarahkannya.
Puasa Salafussoleh itu ada 3:
1. Puasa
2. Qiyamullail
3. Tilawatul quran

"Wahai orang-orang yg beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas mereka yg terdahulu daripada kamu, moga-moga kamu bertaqwa" .
Didalam bulan puasa seorang Islam dilatih mengawal diri daripada berlebihan, baik dari segi keinginan kearah kepuasan dan kehendak syahwat didalam satu jangkamasa waktu, bagi mereka terdapat banyak faedah-faedah baik dari aspek kesihatan maupun kearah kerohanian. Seorang Muslim akan merasai kelaparan yg dilalui oleh seorang Muslim yg lain tanpa makan atau minum, sebagaimana yg terjadi kepada saudara-saudara kita di Afrika. Bulan ramadan adalah bulan yg diutamakan, Allah swt telah menurunkan Al-Quran [pada bulan ini]
"Pada bulan Ramadan diturunkannya Al-Quran yg menjadi petunjuk kepada manusia, bukti kepada hidayah dan kayu pengukur"
"Sesungguhya telah diturunkannya di Malam Qadar. Apakah kamu tahu apa itu Lailatul Qadar. Lailatul Qadar lebih baik daripada 1,000 bulan" .
Diampunkan dosa-dosa mereka yg lepas jika mereka berpuasa dengan penuh iman dan azam. Sebagaimana disahkan oleh sebuah hadis riwayat Abu Hurairah r.a. katanya : telah bersabda Rasulullah saw :
"Barangsiapa yg berpuasa dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh Allah telah mengampun dosa-dosa yg telah lalu, dan barangsiapa yg qiam dimalam bulan Ramadan dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh, Allah swt akan mengampunkan dosanya yg telah lalu, dan barangsiapa yg berqiam dimalam Lalitul Qadar dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh Allah swt akan mengampunkan dosa-dosanya yg terlalu" - dipersetujui oleh semua perawi.
Kewajipan berpuasa menjaga dirinya dari melakukan perbuatan mengumpat (ghibah), mengadu, berbohong dan mendengar perkara-perkara hiburan, dan mencegah dari melakukan semau keburukan, lebih banyak baginya membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah, bersedekah dan bersungguh-sungguh didalam melakukan amal ibadat khusus didalam 10 terakhir Ramadan.
Bagaimana kita menyambut Ramadan?
- Dr Abdul Satar Fathullah Sa'ed (pensyarah Al-Azhar)[3]. Segala pujian bagi Allah dan selawat & salam kepada Nabi Muhammad saw : adalah menjadi tabiat para tabien apabila masuk Rejab mereka akan berdo'a kepada Allah akan do'anya
"Ya Allah berkatilah Rejab dan Sya'baan dan sampaikanlah kami kepada Ramadan - dan kami mengulangi do'a kemudian dilaporkan berkata :
"Ya Allah sampaikanlah kepada kami kepada Ramadan didalam kebaikan, kenikmatan dan kebaikan, Ya Allah yg memerintah seluruh alam." Kepada itu, semua umat Islam harus menyambut Ramadan yg ditunggu-tunggukan dan dinantikan kerana Allah memilih untuk memberkati bulan ini mengatasi yg lain kepada umat Islam, agar mereka menyambut dengan cara keasliannya dan tempat kemanusiaan keseluruhannya dengan kebesaran hidayah! Sesungguhnya telah thabit didalam hadis sahih yg diriwayatkan oleh Wathala bin Al-Isqa' bahawa

"Sesungguhnya kitab samawiyah kesemuanya diturunkan pada bulan ramadan". Untuk itu Allah swt telah meletakkan puasa didalam bulan ini dan juga qiam (solat), dan memeranjatkan kita dengan kebaikan yg sangat banyak dan amalan saleh didalamnya, sehingga kita meletakkan makna yg baik dan agama didalam jiwa, maka orang Islam berpuasa disiang hari dan pada malamnya berqiam dan memberi makan kepada saudara-saudaranya, membaca kitab dari Tuhannya (Al-Quran) dan tidak berjumpa umat di bumi peruntukan yg serupa ini seperti syariah yg besar didalam Al-Quran dalam didalam termasuk syariat bersolat, maka berhimpunlah semua umatnya baik dari kaum lelaki, perempuan, kanak-kanak, kaum belia dan orang tua di masjid-masjid, mereka mendengar, membaca dan menghafal dibulan yg berkat ini...Untuk ini menjawab respon tuan mengenai soalan :
"Bagaimana hendak menyambut Ramadan"
- kami menerimanya dgn niat yg baik. --- Kami memperbetulkan niat dan merindui untuk beribadat dengannya, dan merasakan bahawa Allah swt inginkan kami menyambut Ramadan berdasarkan syara' dan syariah Islam, dan bukannya syara' dan syariah jahiliyyah yg disebarkan dikalangan kita sekarang. ramai orang menghabiskan masa dengan mendengar lagu dan drama dan selain dari itu, sesungguhnya malam Ramadan itu ialah untuk melakukan qiam dan membaca Al-Quran, dan pada siang harinya berpuasa dan bekerja. Tidaklah benar bahawa Ramadan itu merupakan musim memakai minyak wangi, sesungguhnya ialah ia satu kerajinan dan bersemangat didalam jalan Allah swt. Ia merupakan latihan dan pendidikan umat. Disitu terdapatnya Perang yg besar berlaku didalam sejarah Ramadan dan kita menyatakan bahawa Perang Badar belaku pada bulan Ramadan, kita ketahui apa yg mereka lakukan, Ia mengingatkan mengenai peperangan dengan Tatar didalam bulan ramadan, dimana orang Islam telah mengalami kemenangan dan tidak ada seorang pun percaya dengannya. Untuk ini, kita harus memperbetulkan niat kita dan amalan kita. Dan kita jadikan bulan ini musim untuk melakukan kebaikan dan keberkatan, Nabi saw belajar Al-Quran dari Jibril didalam bulan Ramadan, kemudian setelah ditinggalkan oleh Jibrail, Nabi saw lebih pemurahan didalam kebaikan dari tiupan kerasullan, dan Ramadan seharusnya menjadi musim mendidik akhlak. Bagi mereka yg merokok, memberontak terhadap seseorang dimana mereka menyebab ia memberontak, tidak ta'at sebagai seorang Islam baik secara jasmani dan rohani. .....maka orang Islam pada bulan Ramadan menjadi tenang dan merasa aman, maka jika ada orang yg menyakitkan hatinya atau berlaku buruk, maka katakannya : Sesungguhnya aku berpuasa....Sesungguhnya aku berpuasa, dan jangan membalas dengan keburukan, kerana Rasulullah saw telah bersabda
"Apabila seseorang dari kamu berpuasa, dan tiada berkata buruk dan tiada melakukan dosa, maka orang Islam itu banyak belajar didalam bulan ini dari jenis pendidikan akhlak dan amalan/latihan yang banyak & banyak." . Adab-adab didalam bulan Ramadan - Dr Ahmad Abu Halabiah - ahli majlis tertinggi fatwa Palestine[4]
Diantara adab-adab majlis didalam Ramadan ialah:
Pertama : Sabar keatas musibah dan kecaman yg menimpa, Rasulullah saw berkata :-pada hari Ramadan jika seseorang menyakitkan hati atau menyalah gunakan maka katakanlah : Sesungguhnya aku sedang berpuasa... sesungguhnya aku sedang berpuasa.
Kedua : Majlis ini digalakkan bertaqwa kepada Allah Maha Suci keatasnya sesungguhnya kerana Ramadan merupakan merupakan bulan ketaqwaan sebagaimana didalam firmannya "Wahai orang yg beriman telah diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang yg terdahulu daripada kamu moga-moga kamu bertaqwa".
Ketiga : Penjagaan keatas tidak mengumpat dan mengadu domba (gossip) didalam majlis ini kerana mengumpat dan mengadu adalah diharamkan secara mutlak didalam bulan Ramadan dan selain dari Ramadan, tetapi pengharamannya lebih jelas dengan banyaknya di bulan Ramadan. Keempat : Peringatakan kepada amalan agama, hal-ehwal sesama Islam dan membantu sesama Muslim menyelesaikan masalah, Rasulullah saw telah bersabda : "Barang siapa yg tidak kisah mengenai keadaan seorang Islam dan bukanlah ia dari mereka". Kelima: dibulan yg mulia ini diharapkan dapat mengambil tahu hal keluarga kerana mereka itu adalah amanah dan bebanan(tanggung-jawab) kita sebagaimana firman Allah swt :
"Wahai orang yg beriman jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka, yg bahan pembakarnya adalah manusia dan batu-batu".
Mengenai apa yg baik diperlakukan di bulan yg mulia,
maka nasihat saya pada diri saya dan semua saudara-saudara Islam ialah menggunakan malam didalam bulan Ramadan seperti berikut :
1. Menjaga solat berjemaah bagi lelaki di masjid, dan bagi wanita pula menunaikan solat jumaat dan menghadiri majklis ilmu.
2. Menghadiri solat terawikh khasnya bagi lelaki, tiada ada larangan kehadiran wanita melakukan solat dan kepada mereka terdapatnya ganjaran.
3. Memelihara solat malam (qiamullail) dan tahajud setelah pertengahan malam bagi lelaki dan wanita yg berkemampuan didalam rumah.
4. Beriktikaf untuk beberapa malam dibulan Ramadan di masjid bagi lelaki tanpa menyebabkan gangguan didalam kewajipan seharian khususnya bagi didalam mencari reski.
5. Memelihara pembacaan Al-Quran dan makna menggunakannya didalam wirid harian sebagai sebahagian dari pembacaan Al-Quran sekurang-kurangnya setiap hari sehinggalah tamat keseluruhannya, jika sekali membaca Al-Quran dibulan yg mulia ini, maka Allah akan memberi ganjaran yg besar.
6. Memperbanyakkan sedekah dan mengeluarkan zakat kepada orang-orang fakir, miskin, orang yg memerlukan, mereka yg berjihad dijalan Allah dan sumbangan kepada projek yg baik bagi kegunaan orang Islam seperti pembaikan masjid, pusat rawatan orang-orang tua, sekolah-sekolah dan lain-lainnya.
7. Merapatkan silaturrahim dan ziarah didalam bulan Ramadan.
8. Dilarang melakukan kejahatan terhadap orang Islam dan larangan melakukan perkara yg tidak baik terhadap jiran lebih-lebih lagi Iman dan Islam melarang melakukan kejahatan secara umum terhadap seorang Islam khususnya jiran sebagaimana sabda Nabi saw :
"Seorang Islam ialah yg menyelamatkan seorang Islam yg lain dari lidah dan tangan". .
Terlupa niat puasa. Apakah sah puasa?
- Sheikh Atiyah Saqr[5] Niat didalam puasa, tidak boleh lari darinya, dan tidak sah tanpanya, Ramai ulama' yg mengisyaratkan niat pada setiap hari, dan ada yg berpuas hati dengan menyatakan niat malam permulaan ramadhan untuk keseluruhan bulan, waktunya ialah bila terbenamnya matahari sehingga terbit fajar, jika seseorang itu berniat didalam mana-mana jam didalam waktu malam maka itu mencukupi, dan tidak memudharatkan jika ia makan atau minum selepas niat kerana semua nya berlaku sebelum fajar, Riwayat Ahmad, Abu daud, An-Nassai, Ibnu Majah dan Tirmizi bahawa Nabi saw bersabda :

"Sesiapa yg tidak niat berpuasa sebelum fajar, maka tiada puasa untuknya". Tidak ada syarat melafazkan niat dengannya, sesungguhnya tempatnya di hati (qalb), Jika ia berazam dengan hatinya maka cukuplah puasa atasnya itu, walaupun ia berniat puasa semasa sahur, atau dia minum sehingga ia tidak merasa dengan bersin disiang hari, niatnya sudah mencukupi, Jika ia tidak melakukan perkara tersebut semasa malam hari maka tidak sah puasanya, keatasnya qada' puasa. Ini dalam puasa Ramadhan. Bagi puasa sunat pula, sah niat pada siang hari, sebelum zawal (tergelincir) matahari.
Bila waktu sahur & berbuka?
-- Sheikh Atiyah Saqr[6] Maka waktu imsak (menahan diri) apabila bermulanya azan solat fajar dengan takbir, dan berbuka apabila terbenamnya matahari menandakan masuk waktu Magrib. Maka berpuasalah dari makan dan minum, hatta jika dia mendengar muazzin melaungkan takbir dan didalam mulutnya mengandungi makanan dan minuman maka wajib ia membuangnya dan tidak dibenar menelannya, maka sahlah puasanya. Akan tetapi adalah lebih afdal ia menghabiskan makanannya sebelum azan dengan waktu yg mencukupi, maka ia menahan diri sehingga mencapai malam dan ia yakin bahawa matahari terbenam dengan mendengar azan Magrib, atau sehingga mendengar pengumuman masuknya waktu solat, atau melihat matahari terbenam sepenuhnya jika ia tidak mendengar azan. Jika ia menunggu sehingga azan habis maka puasanya sah. Sheikh Atiyah Saqr, bekas Lujnah fatwa Al-Azhar berfatwa bahawa : Apabila mengetahui bahawa muazzin tidak melaungkan azan setelah ia mengetahui datangnya fajar, maka mereka yg sedang makan dan minum dan muazzin membenarkan fajar, maka batallah puasanya, dan bagi sesiapa berbuka pada akhir harinya dengan mendengar azan Magrib maka puasanya sah, kerana azan menandakan berakhirnya siang dan masuknya malam. Dan adalah lebih afdal jika ia menunggu sehingga benar-benar masuk malam, dan bermula imsak sebelum zan fajar! Sehingga terbitnya siang dengan azan, dan dipastikan malam berakhir! dan sesiapa yg khautir dengan kehadiran fajar, dan ingin berbuka sehingga akhirnya azan solat, dan mereka berbuka berdasarkan pengiraan waktu ini. Itulah yg melebihi yg disepakati. Yg sahnya adalah pada waktu tempatan yang dipersetujui.
Kesilapan didalam waktu berbuka dan sahur
- Sheikh Dr. Yusuf Qardhawi[7] Amat mashyur dari mazhab-mazhab bagi barangsiapa merasakan ia bersahur pada malam hari, kemudian mengetahui bahawa sahurnya atau sebahagian darinya diambil setelah fajar atau berbuka apabila merasakan matahari telah terbenam kemudian mengetahui bahawa ia masih belum terbenam. Maka ini adalah puasanya, maka ia menjadi batal, keatasnya menahan diri dari baki hari seterusnya, tiada dosa keatasnya, kerana tidak sengaja. Keatasnya terdapat qada'. Tetapi menurut Aba Mohammad bin Hazam, beliau melihat puasa itu sah segi dua keadaan, kerana dia tidak ingin membatalkan puasanya, dimana pada perasaannya berpuasa, pada masa yg sama di terlupa, kedua-duanya berkeyakinan melainkan ia berpuasa, tiada bezanya, berfirman Allah swt
Dan bukanlah keatas kamu dosa jika kamu keatas apa yg kamu lupa dan tetapi apa yg hati kamu inginkan) dan bersabda Nabi saw :-"Allah mengatasi kesalahan dan kelupaan umatnya dan apa yg mereka benci keatasnya".
Dan katanya : Ini adalah perkataan jumhur ulama' salaf, dan merawikan dengan sanadnya :Sesungguhnya mereka berbuka pada zaman Umar ibn Al-Khattab, beliau keluar dengan cawan dari rumah Hafsa, kemudian beliau minum sehingga matahari keluar dari awan, maka syak (kesusahan ) dikalangan manusia mereka berkata :"Kita menqada' hari ini", kemudian Umar bertanya :"Kenapa? demi Allah telah melepaskan kami dari dosa!! Dari Mujahid, katanya :"Barangsiapa yg makan setelah terbit fajar dan pada keyakinannya ia belum terbit lagi, maka bukanlah keatasnya qada'. Sesungguhnya Allah swt berfirman : "Sehingga jelas kepada kamu garisan putih dan garisan hitam dari fajar". Misalannya riwayat dari Hakim bin Utaibah, Hasan Al-basri, Jabbir bin Zaid, Ata bin Rabah, Urwah bin Zabair dan Daud bin Al-Zahri berkata. Dalil Ibnu Hazam kuat dan jelas, dan maka adalah lebih kuat dan lebih sahih bagi sesiapa yg makan pada malam hari selepas fajar, kerana Al-Queran membenarkan makan dan minum sehingga fajar jelas kelihatan, dan sesiapa yg sahur dan percaya ia masih malam dan tidak jelas padanya telah masuk fajar. Untuk itu kami melihat penyelidikan keatas puasa dan keupayaan yg terbatas, khususnya pengetahui mengenai terbenam matahari dan masuknya malam, maka jika kita pastikan ketiadaannya dan berbuka, kemudian jelas ia masih percaya sebenar-benarnya melainkan dijelaskan kepadanya pada masa itu, berkata Allah swt :(Bertaqwalah kepada Allah dgn kemampuan kamu) dan Umar berkata :Demi Allah yg telah melepaskan kami dari dosa, persamaan ini ialah apabila kita mengadap kepada qiblat kemudian mengetahui yg ia solat mengadap arah yg lain maka solatnya sah dan di terima. (maka mana-mana kamu nmengadapkan muka kamu maka disitulah wajah Allah).
Hukum melajukan solat Terawikh - Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi[8] Thabit didalam dua kitab Shahih bahawa Nabi saw bersabda :"Barangsiapa yg berqiam pada bulan Ramadan dengan iman dan keyakinan, telah diampunkan dosa-dosanya yg telah lalu". Allah swt telah mensyariatkan pada bulan Ramadan dimasa siang harinya berpuasa, dan disyariatkan melalui nabi saw agar mendirikan/menghidupkan malam Ramadan, menjadikan qiam itu sebagai penyebab pembersihan dosa dan kesalahan...akan tetapi qiam yg mengampunkan dosa, membersihan kotoran-kotoran, itulah yg tunaikan oleh seorang Islam secara sempurna dengan syaratnya, rukunya, adabnya dan batasannya. Dan telah kita ketahui bahawa toma'ninah adalah satu rukun dari rukun-rukun solat sebagaimana membaca Al-Fatihah, sebagaimana rukuk dan sujud... Rasululah saw apabila seorang yg melakukan kesalahan dihadapannya dan tidak menunaikan haknya dengan toma'ninah-toma'ninahnya maka baginda berkata kepadanya:
"kembali kepada solat, kerana kamu belum bersolat lagi"...kemudian mengajarnya bagaimana melakukan solat yg diterima (qabul) dan sabdanya :"sujud sehingga kamu bertoma'ninah didalam sujud, 'itidal sehigga kamu toma'ninah semasa berdiri, duduk diantara dua sujud sehingga kamun toma'ninah didalam duduk dan seterusnya" (Riwayat dua Sheikh dan sunan yg lain, dari hadis Abu Hurairah)..
Toma'ninah didalam semua rukun-rukun ini tidak boleh tidak lari darinya, dan had toma'ninah terdapat perselisihan diantara beberapa ulama'.... Ada yg menjadikan tasbih sebagai bilangan masanya sebagaimana katanya :"Subhana Rabbiyal 'ala". (Maha suci engkau yg Maha Tinggi) sebagai contoh. Ada yg lain pula, seperti Sheikul Islam Ibnu Taimiyyah meletakkan syarat jangkamasa toma'ninah didalam ruku' dan sujud berjumlah 3 kali tasbih... maka telah datang menjadi sunat membacanya 3 kali, dan sekurang-kurangnya tidak boleh lari darinya toma'ninah dgn dapat dipastikan dengan menyebut 3 kali tasbih.... dan firman Allah swt :
"Berbahagialah orang mukmin. Mereka adalah orang khusyuk apabila melakukan solat" - Surah Al-Mukminun 1,2.
Apakah Solat Terawikh 11 atau 20 rakaat[9]?
- Dr Ahmad Yusuf Sulaiman, Universiti Kaherah, fakulti Darul Ulum Solat tarawikh atau solat qiam adalah sunnahnya dari sabda Nabi saw diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim didalam Kitab 2 Sahih :"Barangsiapa yg berqiam pada bulan Ramadan dengan imam dan keyakinan, telah diampunkan dosa-dosanya yg telah lalu" - mana-mana yg di motifkan kearah beriman kepada Allah - dan ikhlas keinginanya, akan memperoleh hisab dan ganjaran. Dan telah dibuktikan benar bahawa Nabi saw bersolat Ramadan untuk beberapa malam, maka ramailah berkumpul agar dapat bersolat dibelakangnya, dan beliau tidak keluar kepada mereka, dan takala bertanyalah mereka mengenai perkara tersebut. Kata beliau :

"Aku takuti/bimbang di fardukan keatas kamu dan kamu tidak boleh bertoleransi dengannya". Maka, syara' dan asal solat ini dari Rasulullah saw, dan menyebut tidak melakukan solat bersama mereka kerana takut ia difardukan keatas mereka. Kemudian orang Islam bersolat sebagaimana yg dilakukan oleh Khalifah Syaidina Umar bin Al-Khatab r.a, maka berkumpul orang ramai dgn 1 imam. Para ulama' berselisih pendapat mengenai jumlah rakaat. Hanafi, Shafi'ie, Ahmad dan Daud Al-Zahiri melakukan 20 rakaat, diikuti oleh Maliki menjadi 36 rakaat, dan selain dari itu melakukan 8 rakaat. Kesemuanya mempunyai dalil.akan tetapi dalil yg kuat dan hampir dgn kebenaran ialah melakukan 8 rakaat tanpa witir. Sebagaimana yg diriwayatkan didalam hadis sirah Ai'syah r.h. bahawa katanya :
"Apa Rasulullah saw tambah didalam Ramadan dan tidak melainkan Ramadan ialah 11 rakaat - diriwayatkan oleh Bukhari dialam bab solat : qiam nabi - dimalam Ramadan dan selainnya. Tidak boleh dipersalahkan bagi sesiapa yg ingin bersolat 20 rakaat, 36 rakaat. Kerana pada mereka ia dianggap bukti dan menarik orang ramai membaca Al-Quran didalam setiap solat tarawikh semasa sepanjang bulan Ramadan, maka sesungguhnya membaca dan mendengarnya dengan tadabbur dan khusyuk didalam bulan Ramadan menjadi penting dan ia tidak menjadi rugi, kepada ganjaran dan petunjuknya dalam setahun dengan izin Allah swt. Sesungguh Allah swt mengkhaskan pada bulan Ramadan dengan berpuasa dan berqiam, sesungguhnya pada bulan ini diturunkan Al-Quran yg menjadi petunjuk dan hidayah kepada manusia.
Adakah Rasulullah saw solat tarawikh 20 rakaat?
- Sheikh Atiyah Saqr Riwayat Bukhari dan yg lainnya dari Ai'syah r.h. sesungguhnya Nabi saw tidak menambah didalam bulan Ramadhan dan tidak mengurangkannya 11 rakaat. Beliau akan bersolat 4 rakaat dan janganlah engkau tanya mengenai betapa baiknya dan panjangnya, kemudian beliau akan bersolat 4 rakaat dan janganlah engkau tanya mengenai betapa baiknya dan panjangnya, kemudian beliau akan bersolat 3 rakaat.Dan beliau berkata kepadanya [Ai'syah] :"dia bersolat 4 rakaat", tidak bertentangan dengan membuat salam setiap dua rakaat, dan Nabi saw bersabda :
"Solat dimalan hari dua rakaat, dua rakaat".
Dan dia [Ai'syah]: "dia bersolat 3 rakaat" - ini bermakna berwitir dengan 1 rakaat dan 2 rakaat.Riwayat oleh Muslim dari Urwah, dari Ai'syah r.h. katanya :

"Nabi saw solat pada waktu malam 11 rakaat, melakukan witir darinya 1 rakaat, dan datang dari jalan lain hadisnya :"beliau memberi salam pada setiap 2 rakaat". Riwayat Ibnu Hibban ibnu Huzaimah dari 2 sahih, dari Jabir r.a. bahawa Nabi saw solat 8 rakaat dan 1 witir, mereka menunggunya di Qabilah tetapi beliau keluar kepada mereka. Ini adalah yg sah dari Nabi saw, dan tidak sah apa sahaja perkara yg tidak keluar darinya. Tetapi sah juga bahawa terdapat manusia yg solat menurut Umar, Uthman dan Ali rm - 20 rakaat. Ia merupakan pandangan jumhur fuqaha' Hanafi, Hanbali dan Daud. Berkata Termizi :"Sangat banyak ulama' yg bersama pandangan Umar dan Ali dan selain dari keduanya para-para sahabat nabi saw - 20 rakaat. Dan ia adalah pandangan terbaru Ibnu Mubarak dan Syafi'ie. Dan berkata :
"Saya mendapati orang di Mekah bersolat 20 rakaat, dan Malik telah bersolat 36 rakaat tidak termasuk witir". Al-Zulkani didalam syarah Al-Muwahib Al-Laddiniyah berkata :"Mengingatkan bahawa Ibnu Hibban mendahulukan solat tarawikh 11 rakaat, dan memanjangkan bacaannya, kemudian ia menjadi berat keatas mereka, mereka memendikkan bacaan dan menambah jumlah rakaat. Mereka bersolat 20 rakaat baik genap atau ganjil mereka melakukan bacaan yg sederhana. Mereka mengurangkan bacaan dan menjadikan jumlah rakaat 36 dan bukannya genap dan ganjil. Dan perkara pun terus berlalu. Ini, telah disebut oleh Al-Hafiz didalam riwayatnya : perbezaan adalah dari segi panjang pendiknya sesuatu bacaan, maka dimana bacaannya dipanjangkan maka rakaat dikurangkan, dan begitulah sebaliknya. Al-Hafiz menyebut bahawa orang Madinah bersolat 36 rakaat menyamai qualiti orang Mekah, sesungguhnya mereka bertawaf 7 kali pusingan diantara setiap solat tarawikh, Maka jadilah ahli Madinah tempatnya ialah setiap 7, 4 kali rakaat.
Penutup
Untuk membicarakan fadilat puasa, memang tidak dapat dikira banyaknya. Dr Atiyah Saqr, bekas pengerusi Fatwa Al-Azhar apabila membicarakan mengenai fadilat ramadan, beliau telah memetik sebuah hadis[1] daripada Salman, Khutbah Rasulullah saw menyambut kedatangan Ramadan :

"Bahawasanya barang siapa yg menunaikan perintah fardu maka akan dijadikan 70 kali sebagaimana yg dilakukannya, dan barangsiapa melakukan sunat adalah sebagaimana menunaikan amalan fardu, sesungguhnya ia adalah bulan sabar, dan sabar itu adalah ganjaran syurga, bulan yg ditambah reski orang Mukmin, barang siapa yg melakukan puasa akan diampunkan dosa dan dibebaskan tengkuknya dari api neraka, Awal bulan adalah RAHMAT, Pertengahan bulan adalah PENGAMPUNAN dan akhirnya diBEBASKANKAN DARI API NERAKA"
Apa yang boleh kita lakukan ialah mempertingkatkan qualiti ibadat puasa kita (dengan ilmu pengetahuan) agar ia menjadi lebih baik dari tahun lepas. Kita isikan Ramadan dengan membaca Al-Quran, Solat Terawikh, Salat Tahajjud dan ibadat-ibadat sunat yg lain.
Sebagai mengakhiri artikel ini, dipaparkan petikan fatwa dari Dr. Muzammil H. Siddiqi[11], Pengarah ISNA (Islamic Society of North America) :

"Maha Suci Allah yang di tangannyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan Mati dan Hidup, supaya dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalannya. Dan dia Maha Perkara lagi Maha Pengampun." (Al-Mulk: 1-2)

Dan juga Firmannya : "Dan Dia yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi orang yang ingin mengambil pelajaran atau ingin bersyukur." (Al-Furqan: 62)
Hidup dan Mati, Perginya Malam dan Siang mempunyai tujuan tertentu, iaitu menguji kita dan memberi kita peluang bagi menyatakan rasa terima kasih kita dan syukur kita kepada Tuhan Pencipta. Bulan Ramadan datang dan pergi. Kita harus memeriksa diri kita sekarang dan lihat apa yg telah kita pelajari dan kita capai didalam bulan ini.

Sunday, September 10, 2006



Ketahuilah OlehMU
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia.. Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih... Allah SWT sudah menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja... Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.
Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon... Allah SWT selalu berada disampingmu.
Ketika kau fikir bahwa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah SWT punya jawapannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan... Allah SWT dapat menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan... Allah SWT sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur... Allah SWT telah memberkatimu.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban... Allah SWT telah tersenyum padamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi... Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu. Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU .......
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...


Bismillahirrahmaanirraheem, AlLahumma solli 'ala muhammad wa 'ala aalihi wasahbihi ajma'in
Alhamdulillah telah selesai...
  • lawatan ke Indah Water(pada 05 september 2006)
  • pentadbiran ujian penempatan di Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak(pada 08 september 2006),sebanyak 102 kertas soalan bahasa arab tingkatan 3 berjaya ditadbir kepada adik-adik saffus saani SMIAAG
  • Pembahagian tugas untuk ahli kumpulan penilaian bahasa arab

Friday, August 11, 2006

inna ma'al 'usri yusra

Mahu ke mana awak?
BismilLaahirrahmaanirraheem,AlLahumma solli 'ala Muhammad
Pertama: Saya nak ke kelas itu sekali lagi, fahamkan kuliah daie itu
Kedua: Saya nak habiskan perbincangan Penilaian Dr. Hassan Basri
Ketiga: Saya ingin bantuan orang yang mahir ambil foto untuk ambil gambar koleh kediaman kelima
Keempat: Saya ingin buat KBA yang penting itu
Kelima: Saya perlukan bantuan INDAH WATER, FRIM untuk memahamkan saya tugas mereka
Keenam: Saya nak balik rumah...

Friday, July 07, 2006

allah maha mengetahui

Allah Itu Maha Pengasih dan Penyayang padamu..
Bismillahirrahmaanirraheem,AlLahumma sollli 'ala saiyyidina Muhammad wa 'ala aalihi wasohbihi ajma'in..apa saya ingin tulis sekarang ini adalah tentang sesuatu yang...dot dot dot. erm diari awak faham tak apa yang saya cakap?pastinya kamu tak bisa faham diari, kerana kamu adalah seuatu yang tidak beraqal, jika saya menulis tentangnya barulah ia difahami , terima kasih padaNYA iaitu segala syukur kerana telah menemukan aidylmarjanqudsi dengan dirimu diari...juga kalau kamu beraqal kamu mungkin faham juga mungkin boleh jadi kamu pun tak faham juga denagn apa yang melanda jiwa aidylmarjanqudsi, tatkala ini kalau kamu boleh mendengar wahai diari ketahuilah hanya Allah SWT yang benar-benar setia mendengar tiap ungkapan hati saya, hari ini syukur sebab dapat menulis di hari jumaat, lagi beberapa hari aidylmarjanqudsi akan pulang ke kampus, sebenarnya aidylmarjanqudsi sudah berat hati ingin pulang ke kampus, dan lebih pelik lagi kerna hati saya merasakan tidak kepingin lagi menyambung kuliah, benarnya Dialah ALLAH yang lebih mengetahui sebab musababnya hati saya berkata begini diari..., saya terasa sedih meninggalkan mereka diari, mereka berdua buah hati saya, masalah-masalah saya semuanya terasa hilang begitu sahaja apabila duduk menatap wajah mereka, mak dan abah sakit diari, mungkin kerana mereka miningkat tua dan sakit sakit pun mula bertandang pergi, saya begitu tak sampai hati meninggalkan mereka, dulu masa kecil saya ingat mak dan abah selalu beri sokongan pada saya, suruh belajar rajin-rajin dan bila besar boleh bawa mereka jalan-jalan, saya ingat itu semua diari...kenangan susah senang bersama mereka tak pernah luput dari ingatan saya, air mata saya selalu tumpah tak tertahankan melihat pengorbanan mereka, juga saya selalu berdoa agar Tuhan ambil nyawa saya terlebih dahulu bukannya mak dan abah sebab terlalu sayangkan mereka, saya lemah diari...AlLah SWT pun tahu dan lebih awal mengetahui semuanya tentang saya. Diari, saya telahpun mengadukan keinginan saya kepada AlLah SWT, saya ingin mak dan abah sihat, bahagia dan tenang menjalani kehidupan, dan saya benarnya teramat menginginkan sesuatu.........saya ingin lihat sendiri impian mak dan abah untuk pergi menunaikan haji di Makkah tercapai, saya ingin mereka merasa sendiri nikmat menyentuh Baitullah..., sedari sekolah rendah saya doakannya diari, kau tahu mengapa saya buat begitu diari..kerana saya teramat yakin walaupun kami bukan orang berada, berkat keyakinan pada AlLah SWT akan mengubah nasib seseorang insan itu, AlLah SWT PUNYA KUASA YANG MELAMPAUI BATAS KITA diari, jika engkau punya aqal diari, pasti engkau pun kusuruh mendoakan mak dan abah, makin dewasa saya terasa juga makin banyak laluan sukar, dulu saya selalu buat-buat happy bila bermasalah, tapi perkara yang melibatkan ibu bapa kesayanganku ini terlalu menguji rasanya, terkadang aidylmarjanqudsi selalu juga ketawakan perangai sendirini, manakan tidak, impian ku ingin mencontohi srikandi Islam Siti Khadijah kekadang terpaksa dibuatkan amaran "under reconstruction" atau mungkin "'ala muhasabah" ketika menuju matlamat itu. Apapun sekarang ini, perkataan yang sesuai untukku ialah yakinkan diri dan cekalkanlah hati!aidylmarjanqudsi rasa ingin berhenti menulis sementara waktu, berkati hidup kami ya AlLah, aidylmarjanqudsi sangat sukakan Firman-firmanMU dalam surah An-Nisa', maha Bijaksana dan Maha 'Alim Engkau Ya AlLah atas segalanya, ke atas diriku, diri makdanabah, diri adik-adikku, keluargaku, bakal keluargaku, sahabat handaiku, dan umat Islam insan seluruhnya, akhirnya ingin kukatakan..kabulkanlah Ya AlLah permintaanku selama ini, teringin benar diriku ini yaAlLah melihat mak dan abah bahagia, sihat sejahtera dalam pemeliharaanMu, juga saat ini daku rindu pertemuan itu denganMu, kehidupan di sana yang terlalu abadi dan indah amat kuidamkan aminnn...AlLahu Qawiyyu Haafiz!

Friday, June 30, 2006

sehari selembar benang


sehari selembar benang..


Bismillahirrahmaanirraheem, kembali menikmati hari jumaat dengan izin AlLah , selawat dan salam buat baginda Rasulullah AL-AMIN, RasuluLah Kau tentu dapat melihat keporak-perandaan umatmu kini, sana sini sajian peperangan yang silih berganti bagai pergantian malam dan siang, sahabat-sahabat kami sedang bertarung nyawa mereka di tanah palestin dan kami dengan keperluan yg terbatas hanya mampu menghulur sumbangan apa yang ada juga doa buat mereka di sana, yaAlLah berikan mereka kekuatan iman menempuh segala serangan yahudi, berikan mereka mimpi-mimpi indah di syurga agar motivasi dan kecekalan terus bertakhta kukuh dihati mereka, sekali lagi yaAlLah..kami masih disini, belum mampu kesana ke bumi palestin menyumbang kudrat, hanya doa dan bantuan material yg mampu diberikan, terimalah ampunan kami. walau kami pasti kemenangan tetap milik Islam namun perlindungan dariMu jua amat kami harap2kan, hari ini..moga lebih ramai umat Islam di bumi ini mendoakan mereka yang berada di palestin terutama masyarakat Malaysia, darah yang mengalir limpah dari jasad umat palestin juga darah yang sama dengan kita, mereka umat Islam begitu juga kita, kepadaNya kita semua kan balik menghadap, berdoalah untuk kejayaan kita umat Islam di sini juga di sana..AlLahu Qawiyyu Haafiz!

Tuesday, June 27, 2006

sebenarnya

Dengan namaMu Ya AlLah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, sebenarnya saya rasa nak menangis sekarang, saya diuji lagi, ini disebabkan semua insiden yang menyedihkan datang serentak secara kebetulan, saya ingin tulis semuanya disini tapi hakikatnya saya tak mampu sebab air mata saya lebih kuat dari tangan yang ingin menaip, saya dah tak nampak keyboard ni sebab dah berbalam-balam dengan air mata yang yang mengaburi pandangan, Ya AlLah saya aidylmarjanqudsi sedih sangat ni, daku tahu Kau mengetahuinya tapi daku ingin mengadu padaMu jua baru puas hatiku.....tak mengapalah saya tahu saya harus tabah dan masa lalu takkan berulang kembali, yang terjadi akan daku ingat sebagai pengalaman menempuh hari-hari mendatang, saya yang sudah semakin dewasa harus mendewasakan juga perasaan saya dan mengimbanginya agar tak memudaratkan diri, saya hanya pohon keberkatan AlLah dalam hayah saya ini, dan paling penting agar AlLah S.W.T sentiasa limpahi taufiq dan hidayahNya buat aidylmarjanqudsi dan seluruh ahli keluarga yang amat-amat dikasihi filLah, aminn aminn aminn.

Saturday, June 24, 2006

adakah

Adakah

adakah
hati insan itu
kerap merasai kewujudan Tuhan..

adakah
insan bisa tegar
pada ujian..

adakah
masih ada
insan yang masih kepingin
pada jannah
hingga membenarkan
penderitaan merampas nikmat dunianya

adakah
pada persis
kalimat-kalimat ilmuwan zaman ini
masih bisa menggetarkan
hati ummat
yang kian tenat

adakah
hati insan
masih ada sekelumit belas
pada yang lena dalam kejahilan

adakah
hati sang perawan
masih ada 'izzah
membesarkan putera puteri mereka
dalam lembayung dan ruhul Islam

adakah
hati pemuda itu
masih jitu mempertahan
kebenaran Islam

adakah tercapai semua
tanpa iman dan sabar
adakah..

Thursday, June 08, 2006

ukhuwah

Menjalin Ukhuwah Dengan Bangsa Cina
Bismillaahirrahmaanirraheem, alhamdulillahirabbil'alamin, AlLahumma...salam sejahtera buat RasululLah, ahli keluarga baginda dan para sahabat..juga ya Rabb..Kau kurniakanlah kekuatan iman dan kekuatan istiqamah buat rakan-rakan dan saudara kami di palestin dan kebanyakan tempat di luar sana yang sedang berjuang melawan 'mereka yang tamak' itu aminn.
Alhamdulillah, masa yang berlalu di waktu cuti-cuti panjangni memuatkan lagi pengalaman baru dan tak lama lagi ia kan jadi kenangan yang sukar dilupakan. Mata ni dah mengantuk nak menulis tapi motivasi yang ada ni telah berjaya menumpaskan rasa mengantuk alhamdulillah:),lagipun aidylmarjanqudsi menulis bukan untuk sesiapapun dlm blog ini, semuanya ditulis dan disimpan disini untuk tatapan dan imbauan diri pada kenangan perjalanan hidup sekujur jasad yang diberi nama ilhamnya aidylmarjanqudsi, bila tak menulis rasa agak rugi juga kerana selalunya kenangan yang terpahat dan dimaktub dalam diari mayani akan membantu juga biiznillaah.Tulisan-tulisanku juga yang lazimnya menjadi teman sejatiku, walaupun tak memblog, jenguk pun sudah memadai:)
Sudah masuk hari ke sembilan aidylmarjanqudsi jadi seorang partimer, wah apa cerita cik aidylmarjanqudsi ni tak cukup duit ya:) lak lak lak..no no no..saja nak tolong parent sempena intake pelajar baru Multimedia universiti kalini, mula-mula mak dan abah offer kerjani, kedengaran macam mudah dan lucu juga kerjani. Bila dah mula kerjani barulah tahu betapa penatnya kerja-kerja seorang pemeriksa kunci-kunci semua apartment dan room hostelni, erm..miss Lau(kawan mak, merangkap leader kerja bahagian kerja ni), 3 orang saja boleh siap ke kami ni buat checking dalam masa 4 hari?inilah soalan pertama yang terungkap pada hari pertama aidylmarjanqudsi kerja disini, hmm maka miss Lau pun kata yes absolutely, erk..aidylmarjanqudsi tersengih-sengih tak confident sbnrnya, 2 orang lagi partimer pun macam saya juga macam tak percaya kena pergi semua room dan apartment di sini dan periksa kesesuaian kunci-kunci yang tersedia melambak-lambak di depan mata kami. Kunci-kunci itu semua telah bercampur aduk dan perlu disusun terlebih dahulu sebelum memulakan checking. Wah, ada 3 blok, dengan 12 staircase, 4 tingkat tanpa lif, dan setiap tingkat terdapat 16 apartment dan setiap apartment ada 3-4 room, erk..aidylmarjanqudsi mula memhisab-hisab bilangan kunci yang akan kami periksa, ..and you must remember that there were 2-3 partner sharing the same room, that mean 2-3 keys will be provided and must be checked miss Lau menambah lagi..wah..miss Mok dan William(jalinan ukhuwah baru saya, mereka juga partimer seperti saya:)) pun dah mula membayangkan kepenatannya. Awal isnin minggu lalu bermulalah kerjaya partimer saya..masyaAlLah..penatnya tak terhingga hinggakan sebelum masuk waktu isya' aidylmarjanqudsi dahpun terlena bersama telekung yang tak sempat dibuka, penat tetapi seronok sebenarnya sebab pengalaman kalini dianggap manis dan lucu juga. Bila dah kena marah dengan miss Lau kerana lewat check kunci mulalah kami jadi kartun ligat kesana kemari membawa kunci pergi kebilik-bilik dengan jayanya.
Masa berlalu dan harini masuk hari kesembilan bekerja, checking room dan apartment dahpun siap, kini sengal-sengal kaki masih terasa juga, intake pelajar baru akan berlangsung pada hari sabtu ini dan dalam masa yang masih tersisa dan kian suntuk kami mesti buat rekod dan menyiapkan segala prosedur filing dengan segera, erm..hari ini sahaja mataku kian jadi kelabu asap memadankan kunci-kunci yang bermasalah dengan masterkey di pejabat, miss mok dan william juga kepenatan, syukur dapat partner macam mereka yang sabar dan tekun dengan kerja begini. aidylmarjanqudsi pun takla merasa tertekan sangat dengan lawak-lawak yang diada-adakan. Di pejabat aidylmarjanqudsi berkenalan pula dengan miss janet, mr.soon, miss mary dan miss woo, mereka orang senior di sini sama seperti parentku. Juga tak ketinggalan adeline seorang partimer yang terdahulu lebih awal menjadi partimer sebagai office girl di sini. Di sini kebanyakannya bangsa cina yang bekerja dan bumiputera hanya 5 orang termasuk mak dan abah, maklumlah pekerjaan di sini terhad dan partimer hanya digunakan ketika intake sahaja.oh ya rakanku yang baru, miss mok adalah seorang penuntut sepertiku yang sedang bercuti, juga william dan adeline. Miss Mok ambil jurusan perakaunan di UTAR, William penuntut tahun 3 jurusan kejuruteraan di MMU, dan Adeline penuntut jurusan perniagaan di ITTAR. Mereka semua bekerja dengan tekun kalini, gaji rm50 sehari mungkin bukan matlamat nombor satu tetapi pengalamn bekerja sebegini begitu berharga, disamping menjadi guru kepada adik-adik sendiri aidylmarjanqudsi rasa bertuah dapat kutip pengalaman di sini. Adeline berminat mengetahui tentang Islam dan aidylmarjanqudsi seronok melayan persoalannya, walaupun pada pendapat adeline Islam is so complicated, tapi dia suka lihat ummat kita yang hidupnya kelihatan berperaturan, bangganya kita selaku Islam:). Juga disamping bekerja sebagai partimerni, aidylmarjanqudsi rasa seronok dan puas hati dapat mengajar adik-adik sendiri , darah daging sendiri, lagipun RasululLah pernah bersabda yang mafhumnya jika nak memperbaiki manusia, wajar dimulakan dari dalam rumah kita sendiri iaitu family kita sendiri usrah darah daging kita sendiri, itulah yang memberi makna sebenarnya.Esok kerja lagi dan aidylmarjanqudsi patut memberi laluan kepada kehendak jasadni, inginku berehat lillaahi taala aminn, bismikalLahumma ahya wa amutu..asyhaduan Laa Ilaaha IllalLahu wa asyhadu anna muhammadan RasululLah......

Wednesday, May 10, 2006

tarbiyah

dari, baitun dakwah.com..moga kumanfaatkan aminn
SYU'UR PENDIDIKAN ANAK-ANAK

Topik: 4. TARBIYYAH DI RUMAH
Matlamat umum

Firman Allah s.w.t :-
" Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. "
( Surah at Tahrim : 6 )
Matlamat Khusus
Menjadikan anak-anak pemimpin yang beriman dan bertaqwa, seperti firman Allah SWT:
1. " Dan orang-orang yang berkata : Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa. "
( Surah al Furqaan : 74 )
2. " Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap mawaliku sepeninggalku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putera yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Yaakub dan jadikanlah ia, ya Tuhanku, seorang yang diredhai "
(Surah Maryam : 5 – 6)
Tidak semua manusia boleh mencapai matlamat khusus ini. Namun memadailah jika ia dapat mencapai matlamat umum di atas.

Pendidikan keimanan sebagai asas
1. Iman adalah asas pembentukan peribadi dan syakhsiyyah Islamiyyah.
Firman Allah s.w.t :-
" Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar ".
(Surah Al Hujurat : 15)
2. Iman adalah asas pembentukan keluarga.
Firman Allah s.w.t :-
"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat".
(Surah Al Hujurat: 10)
Sabda Rasulullah SAW: (Bermaksud): "Sesiapa yang berkahwin bererti dia telah menyempurnakan sebahagian daripada deennya, maka dia hendaklah bertaqwa dengan sebahagian yang masih tinggal ". Riwayat Thabrani)
3. Iman adalah asas pembangunan fizikal dan harta benda.
Firman Allah s.w.t :-
" Maka apakah orang-orang yang mendirikan bangunan di atas dasar taqwa kepada Allah dan keridhaan(Nya), itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengannya ke dalam neraka Jahanam? Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim ". (Surah At Taubah : 109)

Iman yang perlu dipupuk adalah iman yang bersifat waqi'i dan munazzim.
Justeru itu, selalulah berkata kepada anak-anak :-

"Berimanlah kepada Allah!",
"Ingatlah kepada Allah!",
"Takutlah kepada Allah!",
"Cintalah kepada Allah!",
"Bertaqwalah kepada Allah!".

Selepas itu hubung dan kaitkan iman anak-anak dengan:
1. Amalan harian, syakhsiyyah, akhlak dan ibadah yang mereka dilakukan.
2. Kesudahan hidup manusia di akhirat nanti. Keadaan syurga dan neraka.
3. Sejarah Islam dan contoh-contoh lalu serta pengiktibarannya.
4. Alam dan ciptaan-ciptaan Allah SWT yang sangat hebat. (Keempat-empat metod ini adalah metod pendidikan yang popular digunakan oleh Al Qur'an). Ingatlah bahawa iman anak-anak perlu dipupuk supaya ia subur, segar dan kuat. Pada masa yang sama ia juga perlu dipupuk supaya melahir dan menjanakan natijah yang betul. Melahirkan natijah yang betul dalam syakhsiyyah anak-anak adalah suatu `kemahiran' yang perlu dipupuk sejak kecil sepertimana memupuk anak-anak bercakap dengan bahasa yang betul. Mengajak dengan lembut, menguatkuasakan yang ma'ruf dan menangkis kemungkaran
Firman Allah SWT:
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada ma'ruf dan mencegah daripada mungkar : mereka itulah orang-orang yang beruntung" (Surah Ali Imran : 104)
Daripada ayat ini dapat difahami akan:

1. Mengajak kebaikan kebaikan
Mengajak anak-anak kepada kebaikan dilakukan dengan bijaksana, hikmah, lembut dan dengan perasaan kasih sayang.
2. Penguatkuasaan yang ma'ruf
'Penguatkuasaan' yang ma'ruf dalam rumahtangga sering disalahertikan sebagai pendidikan menggunakan rotan dengan tangan-tangan yang kasar lagi keras. Tidak dinafikan, penggunaan rotan juga adalah satu wasilah pendidikan terhadap anak-anak tetapi Islam telah menetapkan bahawa ia adalah wasilah yang terakhir setelah menggunakan pelbagai wasilah yang lain. Itu pun mengikut adab-adab tertentu seperti tidak mencederakan anak-anak, digunakan pada bahagian tertentu, dengan kekuatan tertentu dan dengan bilangan tertentu. Penguatkuasaan yang ma'ruf dalam rumahtangga berlaku apabila kita menjadikan perkara-perkara ma'ruf seperti solah, adab kepada ibu bapa, adab berpakaian, adab makan, adab belajar dan sebagainya sebagai PERATURAN-PERATURAN dalam rumahtangga. Anak-anak dididik agar ia memahami hakikat peraturan- peraturan itu. Mereka diasuh agar menyedarinya, menghormatinya dan mengikutinya. Anak-anak akan merasai nikmat mengikuti peraturan-peraturan Islam itu apabila selalu dihubungkan dengan iman atau taqwa kepada Allah SWT, sepertimana sering dilakukan oleh Al Qur'an dalam mentarbiyyah generasi awal. Sifat sabar, pema'af dan istimrariah adalah penting dalam hal ini untuk mendapatkan natijah yang tabi'i. Tugas untuk menghormati dam menegakkan perkara-perkara ma'ruf ini adalah tugas semua anggota isi rumah secara kolektif. Sesungguhnya Islam adalah din yang lengkap dengan pelbagai peraturan untuk kehidupan manusia dalam segala aspek. Mematuhi peraturan Islam di dunia luar yang luas bertitik tolak daripada dunia rumahtangga. Rumahtangga yang lepas-bebas tanpa peraturan adalah umpama sebuah negara yang ada pemimpin, tetapi tidak ada perlembagaan dan undang-undang.

3. Menangkis kemungkaran
Menangkis kemungkaran adalah satu proses yang perlu berlaku secara berterusan lantaran pada hari ini jahiliyyah menyerang anak-anak secara berterusan melalui pelbagai wasilah dan kesempatan. Setiap kali kemungkaran itu masuk, ia perlu ditangkis dengan cara memberi kefahaman, kesedaran dan mengajak anak-anak untuk meninggalkannya. Oleh itu kemungkaran tidak boleh dibiarkan menular masuk ke dalam rumahtangga melalui t.v., majalah, radio, video, gambar-gambar dan seumpamanya. Juga tidak boleh dibiarkan masuk melalui salah laku ibu bapa atau pendidik sendiri. "Kamu adalah bapa atau ibu atau pendidik yang telah diberikan hak oleh Allah dalam lingkungan kamu.

Maka kamu boleh menggunakan hak itu dalam konteks ini.
" Amalan harian ibu bapa (atau pendidik) (Aplikasi Thuruq At Tarbiyyah)
1. Ibu bapa sebagai mithal 'amali
Sabda Rasulullah SAW: (Bermaksud):"Sesungguhnya kamu sekelian tidak akan sanggup mempengaruhi manusia dengan hartamu, maka dari itu pengaruhilah mereka dengan wajah yang manis dan akhlak yang baik".
2. Mu'alajah Al 'Uyub Mengikis 'aib.
Anak-anak lahir bersama dorongan kepada kebaikan (taqwa) dan kejahatan (fujur). Oleh itu mereka akan sentiasa terdedah kepada perkara-perkara maksiat.
3. Menghubungkan anak-anak dengan mathal a'la
Anak-anak, sejak kecil sentiasa memerlukan watak sebagai contoh untuk mereka ikuti. Hubungkanlah mereka dengan contoh-contoh dalam sejarah Islam seperti para ambiya', para sahabat, mujahid-mujahid Islam dan sebagainya. Sungguh malang, anak-anak pada hari ini telah dihubungkan dengan pelbagai watak yang merosakkan, dalam media massa yang mereka kagumi dan ikuti.
4. Menghubungkan anak-anak dengan matlamat yang waqi'i
Kemampuan anak-anak adalah berbeza antara satu sama lain. Setiap anak perlu dihubungkan dengan matlamat atau cita-cita yang munasabah dengan kemampuan dan potensi yang ada padanya agar dia tidak kecewa dan bersemangat untuk mencapainya.
5. Melibatkan anak-anak dalam perbincangan dan bertukar-tukar fikiran
Berbincang dan bertukar-tukar fikiran akan menyubur serta menajamkan aqal, mera'i kemerdekaan jiwa dan mewujudkan kemesraan serta jambatan hati yang kukuh antara ibu bapa dan anak-anak.

Tidak Boleh Ditangguh Lagi...
Anak-anak membesar dengan cepat dan pantas. Jahiliyyah pula sedang menyerang dari pelbagai sudut. Fitrah anak-anak begitu rakus menyerap segala pengajaran yang berlaku terhadap mereka. Kita sudah kesuntukan masa. Segeralah mentarbiyyah mereka. Seandainya kita tidak mentarbiyyah mereka atau menangguhkannya, maka pihak lain akan mentarbiyyah mereka. `Buah' yang akan dipetik pada akhirnya adalah samada anak itu akan menjadi kawan atau menjadi lawan.

Saya Tidak Mampu ! (Antara Cita-Cita Dan Hakikat)
Cita-cita adalah matlamat yang ingin kita capai dalam pendidikan anak-anak. Hakikat pula adalah hakikat kemampuan yang ada pada kita. Kita perlu perhatikan antara cita-cita dan hakikat. Atau, dengan perkataan lain, antara matlamat yang ingin dicapai dan kemampuan yang ada.
Cita-cita kita dalam pendidikan anak-anak ialah kita ingin melahirkan anak-anak yang memiliki syakhsiyyah yang lengkap dalam segenap sudut samada dari segi keimanan, pemikiran, da'wi mahu pun haraki. Manakala kita lihat pula kepada kemampuan yang ada, maka terdapat jurang yang jauh. Jurang inilah yang memberi peluang kerja dan jihad, agar kita sampai kepada cita-cita tersebut.
Di dalam keadaan kita yang serba kekurangan, maka setiap keinsafan dan keikhlasan untuk berkerja dan menyumbang bagi melahirkan anak-anak yang soleh adalah sangat kita kehendaki, hargai dan kita harapkan diberkati Allah SWT. Sekurang-kurang kemampuan yang ada pada kita, InsyaAllah kita masih mampu untuk membaca Al Qur'an dan Hadith serta makna-maknanya di hadapan anak-anak. Perlakukanlah ia sekerap mungkin dalam suasana kasih sayang, tanpa rasa jemu atau dengan melawan rasa jemu. InsyaAllah selepas itu kita akan merasai semakin mampu untuk memperkatakan Islam dan mendidik anak-anak dengan Islam. Kesilapan Yang Dicairkan Oleh Iman Dan Taqwa Anak-anak dibesarkan oleh tangan-tangan ibu bapa dan para pendidiknya.
Tangan manusia adalah tangan yang tidak bebas daripada kesilapan. Mungkin di hari-hari yang lalu kita telah banyak melakukan kesilapan. Mungkin di hari-hari yang lalu kita telah mencederakan jiwa dan pemikiran anak-anak. Maka ubatikanlah kembali dengan iman dan taqwa. InsyaAllah iman dan taqwa akan dapat mencairkan kembali kesilapan yang lalu. Iman dan taqwa dapat menampung kembali kekurangan-kekurangan yang lalu. Para sahabat awal Rasulullah SAW menerima tarbiyyah Rasulullah setelah umur mereka meningkat dewasa. Mereka telah melalui zaman kanak-kanak yang penuh dengan jahiliyyah.
Keunggulan iman dan taqwa telah mengubati sejarah mereka yang hitam. Hayatilah Firman Allah s.w.t :-
"Hai orang-orang yang beriman, kiranya kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu furqaan dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahan mu dan mengampuni (dosa-dosamu). Dan Allah mempunyai kurnia yang besar“ (Surah al Anfaal : 29)

InsyaAllah kita masih lagi belum terlewat. Ingatlah!

"Wahai manusia, bertaqwalah kepada Rabmu dan takutlah suatu hari yang mana seorang bapa tidak dapat menolong anaknya, dan seorang anak tidak dapat menolong bapanya sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan pula penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam mentaati Allah".
(Surah Luqman : 33

Saturday, May 06, 2006

buku istimewa


Kehidupan dan Seribu Satu Kenangan Sebagai Penguat Semangat..



Bismillahirrahmaanirraheem, Maha Suci Allah..keranaMu dan dengan izinMu jualah aku masih disini diberi ruang menghela nafas-nafas kehidupan ini dalam rahmat dan kasihMu, hanya padaMu segala sesuatu di alam ini bergantung..Duhai Allah dengarkanlah bicara hatiku ini, Kau sesungguhnya sebenar-benar teman hidupku yang abadi, maka tiada yang lebih layak mengabulkan hajat permintaan melainkanMu ya Allah..

Aku terus menanti saat-saat yang manis iaitu pertemuan denganMu dalam keadaan yang terbaik, Duhai Allah.. selesai sudah kesemua peperiksaanku bermula pada 19 april hingga 29 april 2006 dan semuanya kulalui dengan tenang sebagaimana yang kuharap-harapkan dengan izinMu jua ya Rahmaan. Aku benar-benar bersyukur padaMu Ya Allah kerana peperiksaan pada kali ini kulalui tanpa ujian sakit seperti yang kulalui pada masa-masa lalu, mungkin jua berkat solat sunat istikharah yang kulaksanakan tiap hari mulai tahun ini dan mungkin jua berkat ikatan pertunanganku yang kurasakan membahagiakan jua hati kedua ibu-bapaku..apapun Kaulah yang Maha menguasai tiap sesuatu sedang pengetahuan kami ini amat terbatas tentang perjalanan kehidupan ini. Mana mungkin kehidupan ini kulalui sendirian tanpa irsyad dariMu ya Allah? lalu munajat ini lahir dari sanubariku setelah hampir 22 tahun kulalui hayah ini..setelah kehidupan ini benar-benar memberi seribu satu makna pada jasad dan kalbuku bermula sedari aku dikenali kanak-kanak perempuan kemudian menjadi seorang gadis dan kini aku bergelar wanita yang memahami erti hidup seorang muslimah, kehidupan ini masih lagi ' tempat pembelajaran ' untukku ya Allah, untuk tujuan itu tentunya Engkaulah tempat rujukanku yang utama, agar amal yang kulakukan bertepatan dengan kehendakMu.

Menyedari hari-hari yang berlalu dan akan datang ini menyebabkan aku tahu bahawa aku mesti mengukuhkan lagi hubungan denganMu sebab hayahku selepas ini hanya dapat dilalui dengan tenang dengan iringan restu dan petunjukMu..Ya Allah.. tentukan untukku apa yang baik menurut ilmuMu, jangan biarkan aku menentukan halaku sendiri kerna..manusia yang banyak lupa dan lali seperti hambaMU ini tentu terbatas sekali pengetahuannya. Hanya Engakau yang mengetahui tiap yang dizahirkan dan disembunyikan dalam hati maka hati yang berada dalam genggamanMu ini sudah pasti terlalu harap pada redhoMu dan khauf pada pembalasanMu, bisakah petunjukMu tetap jadi milik hatiku ya Allah?...gerun benar rasanya jika membayangkan hilangnya petunjukMu dari hatiku ya Rabb..maka aku merayu padaMu yaAllah..jangan biar walau selahzah dari hayahku terbiar tanpa petunjukMu..aku yang lemah lagi dhaif amat berharap petunjukMu, biar kesenangan dan pelbagai hiasan bukan milikku di dunia ini, namun jangan Kau hilangkan nikmat Islam, Iman dan Ihsan yang terlalu bernilai pada kehidupan seorang muslim, aku ingin mewariskan Islam, Iman dan Ikhsanku pada generasi selepasku, ank-anakku, kaum kerabatku, sahabat handaiku, izinkanlah ianya berlaku ya Allah, Engkau yang Maha Kuat Lagi Maha Pengabul segala permintaan..aminnn


~***~Buku ini terkandung seribu satu hikmah pengetahuan, terkandung jua didalamnya seribu satu pengharapan dan seribu satu kenangan yang menghiasi perjalanan hayahku menjalani musafir seorang ' abdillah, ' abdiMU.., ketika ini juga aidylmarjanqudsi teringatkan seorang rakan yang hampir 5 tahun tidak kutemui, dipisahkan oleh masa dan tempat namun harapan aidylmarjanqudsi agar dia juga tak melupai rakannya ini, teringat dulu hampir saban malam sejak tingkatan empat sampai ke tingkatan5, dialah teman solat sunat tasbihku, kalau malam khamis turn biliknya jadi tempat sujud kami, esoknya tiba giliran bilik aidylmarjanqudsi pula, alangkah seronoknya masatu, sama-sama talaqqi al-quran dan menghafaz pelajaran..semoga dia menemui rakan pengganti solat sunat malamnya, aidylmarjanqudsi juga ketemui teman se 'UM' yang punya minat yang sama dengan kita sahabatku..Moga kau terus cemerlang dengan kerjaya pelajarmu sahabat, kitalah pelajar sepanjang hayat..

Sunday, April 16, 2006

SRIKANDI SUNYI TAPI SUCI

Seorang gadis itu
Oleh : Khaleel Al-Wafiy
Seorang gadis itu ...
yang lembut fitrah tercipta,
halus kulit, manis tuturnya,
lentur hati ...
telus wajahnya,
setelus rasa membisik di jiwa,
di matanya cahaya,
dalamnya ada air,
sehangat cinta,
sejernih suka,
sedalam duka,
sedalam duka,
seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja,
penuh cinta,
sayang semuanya,
cinta untuk diberi ...
cinta untuk dirasa ...
namun manjanya
bukan untuk semua,
bukan lemah,
atau kelemahan dunia ...
ia bisa kuat,
bisa jadi tabah,
bisa ampuh menyokong,
pahlawan-pahlawan dunia ...
begitu unik tercipta,
lembutnya bukan lemah,
tabahnya tak perlu pada
jasad yang gagah ...
seorang gadis itu ...
teman yang setia,
buat Adam dialah Hawa,
tetap di sini ...
dari indahnya jannah,
hatta ke medan dunia,
hingga kembali mengecap ni 'matNya ...
seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah,
yang suci hatinya,
tabah & tenang sikapnya,
teman ar-Rasul,
pengubat duka & laranya ...
bijaksana ia,
menyimpan ílmu,
si teman bicara,
dialah A' ishah,
penyeri taman Rasulullah,
dialah Hafsah,
penyimpan mashaf pertama kalamullah ...
seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam,
meski dicaci meski dikeji,
itu hanya cerca manusia,
namun sucinya ALLah memuji ...
seperti Fatimah kudusnya,
meniti hidup seadanya,
puteri Rasulullah ...
kesayangan ayahanda,
suaminya si panglima agama,
di belakangnya dialah pelita,
cahaya penerang segenap rumahnya,
ummi tersayang cucunda Baginda ...
bisa dia segagah Nailah,
dengan dua tangan
tegar melindung khalifah,
meski akhirnya bermandi darah,
meski akhirnya khalifah rebah,
syaheed menyahut panggilan Allah .
seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela,
agar ia terdidik jiwa,
agar ia terpelihara ...
dengan kenal Rabbnya,
dengan cinta Rasulnya ...
dengan yakin Deennya,
dengan teguh aqidahnya,
dengan utuh cinta yang terutama,
Allah jua RasulNya,
dalam ketaatan penuh setia .
pemelihara maruah dirinya,
agama, keluarga & ummahnya ...
seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang,
membentuknya perlu kebijaksanaan,
kesabaran dan kemaafan,
keyakinan & penghargaan,
tanpa jemu & tanpa bosan,
memimpin tangan,
menunjuk jalan ...
seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini,
gadis akhir zaman,
era hidup perlu berdikari ...
dirinya terancam dek fitnah,
sucinya perlu tabah,
cintanya tak boleh berubah,
tak bisa terpadam dek helah,
dek keliru fikir jiwanya,
kerna dihambur ucapkata nista,
hanya kerana dunia memperdaya ...
kerna seorang gadis itu,
yang hidup di zaman ini ...
perlu teguh kakinya,
mantap iman mengunci jiwanya,
dari lemah & kalah,
dalam pertarungan yang lama ...
dari rebah & salah,
dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
dalam perjuangan menggapai cinta,
ni 'mat hakiki seorang hamba,
dari Tuhan yang menciptakan,
dari Tuhan yang mengurniakan,
seorang gadis itu ...
anugerah istimewa kepada dunia!
seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia,
sebagai abidah,
daieyah & mujahidah,
pejuang ummah ...
anak ummi & ayah,
muslimah yang solehah ...
kelak jadi ibu,
membentuk anak-anak ummah,
rumahnya taman ilmu,
taman budi & ma 'rifatullah ...
seorang gadis itu ...
moga akan pulang,
dalam cinta & dalam sayang,
redha dalam keredhaan,
Allah yang menentukan ...
seorang gadis itu dalam kebahagiaan!
Moga ar-Rahman melindungi,
merahmati dan merestui,
perjalanan seorang gadis itu ...
menuju cintaNYA yang ABADI!
~aidylmarjanqudsi..inginku jadi hamba yang sejati pada ILAHI AMINN~

Friday, April 14, 2006

silence..

A Thought..a Wisdom..

Bicara di bawah ini dari kak.lukluk yg mungkin tdk mengenaliku namun aidylmarjanqudsi sentiasa mengikuti kalam bicara didikannya dulu hingga akak bergelar zaujah sekarang...izinkanku memetik kalam suci dari fikrahmu agar dapat dipadu bersama fikrah diri, kurniaan Yang Maha Suci, pemilik hati ini...

adakah ilmu dan bijak akal memberikan kita lebih daya manipulasi untuk mengadakan alasan-alasan dalam hidup ini ... adakah kita benar-benar lupa akan seru-seruNya atau sengaja melupakan apa yang tidak enak pada nafsu dan rasa?adakah ...

oh Allah we need you..

Thursday, April 13, 2006

TAZKIRAH

PERINGATAN
Bismillah walhamdulillah, allahumma solli ' ala muhammad wa ' ala aali muhammad..salam maulidurrasul untuk semua bloggers, dalam sela-sela waktu yang suntuk mcmni, terasa ingin menulis untuk memberi semangat pada diri sendiri dan mungkin pada rakan-rakan yang lain sempena peperiksaan akhir yang menjelang tiba. Kalam tasyji ' ini sengaja diadakan disini bagi mengingat kembali matlamat usahaku pada hari ini yang mengambil jurusan pendidikan sebagai majoring. Cabaran dalam memahami, menganalisis dan mengingat segala fakta berkaitan pendidikan sebelum menjawab soalan peperiksaan sudah tentu memerlukan pengorbanan yang tinggi dari dalam diri kita semua, bukan hanya menghafaz malah memerlukan penghayatan agar benar2 dapat dilaksanakan ketika mengajar kelak, tak kira guru bahasa melayu, bahasa inggeris, matematik dan lain-lain apatah lagi guru pendidikan islam semuanya memikul tanggungjawab yang amat berat dalam membentuk anak-anak murid kita yang juga anak-anak kita sebenarnya. Lakukanlah usaha kita dengan segala kesungguhan kerana menjadi guru yang benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya besar pahalanya di sisi Allah..
Saya harus merenung petikan di bawah ini dan menjadikannya suntikan motivasi dalam perjuangan ini:-
Falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah pendidikan yang berteraskan ruh Islam, iaitu falsafah Islam untuk pendidikan, dan ia disebut Falsafah Pendidikan Islam (Al-Syaibany, 1991). Jadi, maksud daripada Falsafah Pendidikan Islam ialah menyediakan manusia dengan dan ilmu pengetahuan yang cukup agar ia kenal dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya, serta mengetahui cara untuk menjalankan atau melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah. Bila ia dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab ini dengan baik maka jadilah ia insan yang saleh.
Pesanan Dr. yusof ahmad ini juga akan kugenggam insyaAllah dalam meneruskan perjuangan sebagai seorang guru , jazakallahu khairal jaza ila Dr. yusof yang telah banayak memberikan input-input bernilai sepanjang pengajarannya..
Guru hendaklah bersedia sebelum memasuki kelas berdepan dengan pelajar. Guru harus faham terlebih dahulu tujuan ia mengajar mata pelajaran berkenaan. Guru sentiasa bertanya kepada dirinya; Apakah sampai objektif pengajaran dan pembelajaran, dan apakah sampai tujuan yang tersirat di dadanya. Guru harus pastikan bahawa setiap kali ia masuk kelas ada suatu yang baru yang disampaikan atau, pelajar merasakan ada suatu yang baru setiap kali mengikuti kelas. Maka dengan ini pelajar tidak merasa jemu mengikuti kelas Pendidikan Islam, kerana mereka sentiasa dapat sesuatu yang baru. Guru juga patut renungkan, apakah ada kemungkinan besar tercapai matlamat pendidikan - dalam masa sekian-sekian tahun itu - untuk melahirkan generasi Islam yang faham Islam dan mengamalkan Islam. Yang boleh membaca Al-Quran dengan baik dan menghayati kandungan dan ajarannya. Jika ini berlaku, maka sejahteralah guru itu dunia dan akhirat. Hidupnya bahagian dunia dan akhirat. Tidak terasa tertekan, tidak terasa lemah, tidak pernah merasa tidak cukup wang. Ia sentiasa kaya daripada orang lain, walaupun gajinya lebih kecil daripada orang lain. Yang dia rasa ialah perjuangannya belum cukup. Inilah dia Muallim, Murabbi, Muaddib dan Daie.
Monolog: teringat pada sophie, sibuk agaknya awk disana..semoga semuanay khair aminn..

Sunday, March 19, 2006

TAHU


MENCARI SESUATU DI SINI, AIDYLMARJANQUDSI MENUJU PASTI

Bismillah walhamdulillah, syukur kerana dengan izinMu jua aku disini, setelah apa yang kulalui maka hanya kalimat puji-pujian selayaknya untukMu, dan namaMu terasa memenuhi setiap pelusuk daerah jiwaku. Wahai Allah ini perjuanganku, bait-bait ini ikhlas dariku untukMu:

Tuhan,
Betapa Kau menjadi matlamatku,
Hayahku hanya untukMu,
Semua yang kuharapkan,
Engkau jualah yang Maha mengetahui,
sedari dulu,
Dan selamanya Engkau jualah yang mengetahui,
dan,
Tika aku dibayangi resah seorang khalifah,
Aku semakin pasti,
Bahawa aku sedang menujuMu,
Daerah ruang makrifatMu,
Maka,
Sesuatu yang pasti jua,
Adalah bahawa,
Hati,
Jasad dan hayahku,
Dalam genggamanMu,
Hanya untukMu,
Ku pastikan ia Qudus buatMu,
BuatMu,
UntukMu,
Aidylmarjanqudsi menemuinya tika ini,
Sesuatu yang kucari-cari,
Hampir padaku,
Terimalah,
Penyaksian Qudusku,
Dari sekeping hati yang tinggi pengharapannya,
Kerana aku sedar,
Tiadalah kehidupan tanpaMu..
ALLAHU AKBAR!

Saturday, February 18, 2006

syukur

Kita di medan ini selamanya, berhenti hanya jika ada izinNya
Bismillahirrahmaanirraheem, alhamdulillah harini rasa sgt bersyukur krn hajat untuk menulis sblm blk ke camp ditunaikan lagi, lagi sekali dan buat kesekian kalinya Allah telah memberiku peluang sebegini, kerana aidylmarjanqudsi pasti ada antara rakan2 yang ' ditarik ' sementara nikmat menulis e-bitaqah yaumiyah sebegini bagi meluahkan buah fikiran tersendiri, ada yang sibuk dgn amal sanah, exam, urusan keluarga dan lain-lain lagi. Memang benar, hanya orang yg sudah ditimpa sakit akan tahu mengenang dan merasai indahnya sihat, hanya orang sibuk mengenal rasa nikmat di waktu lapang, dan hanya orang yang berada dalam kekalutan memahami makna sebenar tenang sewaktu mrk tenang.., ya kita sering terlupa nikmat yang sedia ada dan jarang menghargai kewujudannya, apabila nikmat2 itu ditarik balik lazimnya kenangan terhadapnya akan berlegar-legar di minda.
Teringat dulu sewaktu aidylmarjanqudsi menunggu bas putraline untuk masuk ke camp UM, ditaqdirkan bas itu datang lambat, namun aidylmarjanqudsi tiada pilihan melainkan menunggu sahaja bas itu datang walaupun bas UM sebenar sudah silih berganti meninggalkan saya..fil haqiqah aidylmarjanqudsi dah kehabisan nilai kad bas UM, habis semuanya hingga tiada lagi kotak yg dapat ditanda pakcik bas, mmg agak rumit kehidupan seorang pengguna perkhidmatan bas sepertiku setelah penguatkuasaan sistem begitu, naik bas mesti ada reload kadnya.Jadi penantian bas putraline diteruskan, hari yang terlalu panas tentunya mendatangkan ketidakselesaan. Sedang duduk-duduk menunggu, mata ini terpandang pada sepasang suami isteri, isterinya menggendong anaknya, dalam kepanasan matahari mrk mencari-cari hala yg sesuai, walaupun sinar matahari yg terang menguasai kawasan itu namun mrk ditaqdirkan Allah cacat penglihatan, sesungguhnya Allah itu Maha Kaya..spontan terluncur kalimat itu melihat keadaan mrk, suami isteri itu cacat penglihatan dan cuba menahan teksi berdekatan, alhamdulillah ada juga teksi yg mahu berhenti menawarkan perkhidmatan pada insan istimewa, walaupun buta suaminya tetap mendahulukan isteri dan anaknya masuk terlebih dahulu kedalam kereta, lebih mengharukan mrk sangat bekerjasama. Walaupun dalam keadaan yang rumit mrk masih melaksanakan tanggungjawab masing-masing, dan isterinya ketika itu bertudung. Walaupun perkara begini mungkin dipandang biasa namun aidylmarjanqudsi memandangnya agak luar biasa, dalam keadaan yang tidak mampu melihat kebesaran Allah dan indahnya ciptaanNya di sekeliling mereka dgn penglihatan, namun mereka tetap teguh dan bangga dgn deen ini, mereka melaksanakan syariat seadanya.
terdetik di hati, jika saya ditaqdirkan hilang penglihatan dan ditarik sementara, apakah keadaan saya waktu itu, adakah saya masih mampu menjadi hamba yang bersyukur, maksudnya meneruskan hidup tanpa sebarang keluhan?, waktu ini mungkin kita menjanjikan yang indah2 sahaja padaNya bahawa kita akan redha dengan segalanya namun bila masa realitinya didatangkan mungkin terhambur jua beberapa kata keluhan, lalu mengkoreksi diri ini, benarkah kecintaanmu pada Allah?, layakkah aku menggapai syurganya bahkan layakkah walau hanya mahu mencium bau syurgaNya nanti?, atau mungkin aku sudah berada di hadapan rumahMu ya Allah namun benarkah tiada apa2 yang menghalangku dari menjadi ahli jannahMu?benarkah akhirat akan menjadi tempat istirehatku hasilan amalan2 disini atau menjadi tempat pembalasan yg tidak terperi sakitnya malah kekal abadi dgn siksaan yg amat dahsyat? susah2 dulu bersenang-senang kemudian, perbanyakkan amal dan jihad dahulu, menuai hasilannya kemudian..
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar..berkati perjalananku seterusnya yaAllah..Tawassalna bi bismillah wa bil haadi Rasulillah..
p/s : kpd saufiah, maat taufiq wan najaahil bahir, dan pada semua bloggers teruskan perjuangan menulis sambil berdakwah, innallah ma ' ana, betulkan niat, mantapkan perjuangan!